Syafiq Ahmad perlu menambah apa yang kurang dan memperbaiki apa yang dirasakan lemah

Kuala Lumpur: Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad perlu menunjukkan aksi yang ‘luar biasa’ pada sesi latihan sebagai usaha untuk memancing minat barisan kejurulatihan sekali gus memberikannya peluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama.

Demikian nasihat yang dilontarkan legenda bola sepak Johor, Rizal Sukiman yang menyifatkan Syafiq mungkin kecewa apabila sekadar memanaskan bangku simpanan, apatah lagi selepas mengambil kira reputasinya sebagai p3ny3rang kebangsaan.

Rizal menegaskan dengan latihan pada tahap tertinggi yang ditunjukkan di pasukan Harimau Selatan, sekadar memberikan yang terbaik tampak tidak mencukupi untuk menyaingi pemain lain yang jelas berada pada tahap yang lebih baik.

“Itulah persaingan yang perlu dihadapi apabila berada bersama penyandang juara dan bakal juara. Semua pemain memang terbaik, jadi untuk mendapat tempat, mereka perlu jadi lebih baik dalam kalangan yang terbaik.

“Jadi Syafiq kena tunjukkan mengapa dia berhak untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama. Sebagai contoh kalau biasanya dia boleh atasi dua pemain dalam perlawanan latihan, dia kena tunjukkan yang dia mampu atasi tiga atau empat pemain.

“Kenalah ada modal yang luar biasa supaya jurulatih boleh lihat dan jurulatih kata ini sesuatu yang berbeza, jadi kita kena beri dia peluang bermain. Melihat pada usia, banyak lagi peningkatan yang boleh dicapai olehnya,” katanya.

Terdahulu, ciapan Syafiq menerusi akaun Twitternya yang menciap ‘seronok tengok kawan-kawan main bola’ mendapat perhatian Tunku Ismail Sultan Ibrahim, namun p3ny3rang itu sudahpun memohon maaf atas tindakannya yang disifatkan mengikut emosi.

Dalam masa sama, Rizal yang membantu Johor menjulang Piala FA 1998 itu turut mengharapkan Syafiq tidak berputus asa dan terus bekerja keras dalam usaha merebut tempat dalam kesebelasan utama.

“Jadikan ia sebagai cabaran untuk membakar semangat dalam memberikan aksi yang lebih baik. Teruskan berusaha dan sentiasa bersabar kerana peluang itu akan datang juga.

“Mungkin dia boleh lihat bagaimana p3ny3rang JDT yang lain beraksi dan cuba belajar sesuatu daripadanya untuk menambah apa yang difikirkan kurang dan memperbaiki apa yang dirasakan lemah,” katanya.