Sumareh ke Selangor ?

Pemain sayap kebangsaan, Mohamadou Sumareh akan membuat kemunculan di Stadium Shah Alam, Selangor bagi memecahkan rekod dunia pada hari sabtu ini.

Menurut laporan Stadium Astro, rekod dunia yang akan cuba dipecahkan oleh Sumareh adalah mengawal jatuhan bola daripada ketinggian 65 meter.

Percubaan itu akan dibuat pada rehat separuh masa pertama dalam perlawanan akhir Selangor Champions League 2019 di antara Kingstown Klang dan Batu Dua bersempena Hari Bolasepak Selangor.

Selain Sumareh, dua pemain Selangor turut sama melakukan percubaan untuk memecahkan rekod dunia tersebut iaitu pemain tengah, Brendan Gan dan pemain sayap, Syazwan Zainon.

Rekod dunia bagi mengawal bola jatuhan daripada altituted tertinggi pada ketika ini dipegang oleh bekas pemain Liverpool dan Tottenham Hotspur, Jamie Redknapp. Ketinggian yang dicatatkan oleh Jamie adalah 38.924 meter pada jun tahun lalu.

sumber: foxsports

Sebelum itu, rekod tersebut dipegang oleh bekas pemain sayap Arsenal, Theo Walcott yang berjaya mengawal bola jatuh daripada ketinggian 34 meter setahun sebelumnya.

Mampukah Sumareh, Brendan dan Syazwan Zainon melakukannya dan memahat nama dalam buku World Record pada hari sabtu ini? Sama-sama kita nantikannya.