Sumareh Tidak Akan Beri Keistimewaan Kepada JDT ?

Bekas pemain skuad kebangsaan, Serbegeth Singh menganggap pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh tidak akan memberi sebarang keistimewaan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Menurut Shebby, kualiti yang dimiliki Sumareh setanding dengan pemain tempatan yang sudah ada di JDT dan sebaiknya kelab itu mencari pemain lain yang lebih berkualiti.

“Namun, dari aspek teknikal, adakah Sumareh akan membawa sesuatu yang istimewa kepada JDT? Tidak. Pada pendapat saya, tahap dia lebih kurang pemain tempatan sahaja, bagi JDT ia bukan langkah ke depan, jadi tiada yang istimewa JDT akan dapat sekiranya ambil dia.

“Kalau JDT ingin beraksi atau mempersembahkan tahap bola sepak lebih tinggi, mereka harus mencari pemain yang lebih baik dari yang baik.

“Macam Diogo, Cabrera, itu tahap tinggi, kita lihat Safawi Rasid sudah meningkatkan tahap persembahannya,” katanya menurut laporan Berita Harian.

sumber: vocketfc

Sebelum ini, Sumareh dikhabarkan bakal melengkapkan perpindahan ke pasukan juara bertahan Liga Super itu pada hujung tahun ini.

Tambah Serbegeth Singh, Sumareh dan seorang lagi pemain sayap negara, Akhyar Rashid mempunyai kualiti yang sama dan membawa masuk pemain Pahang itu tidak akan memberikan sebarang perbezaan.