Sumareh Belajar Daripada Syafiq Ahmad

Peny3rang Pahang, Mohamadou mengakui mempelajari teknik sepakan pa du daripada peny3rang JDT, Syafiq Ahmad ketika mereka mewakili skuad kebangsaan.

Sumareh menganggap Syafiq mempunyai kemahiran tinggi dan teknik sepakan yang tidak pernah ada pada pemain lain.

“Saya melihat sepakan Syafiq ada kelainan iaitu begitu padu dan melencong seterusnya sukar untuk penjaga gol menangkapnya,” katanya kepada Arena Metro.

“Saya memintanya mengajar teknik itu dan selepas beberapa kali mencuba ternyata berhasil terutama ketika menjaringkan gol pertama menentang Indonesia pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada September tahun lalu.”

Sumareh juga mengakui, beliau tidak pernah melihat usia sebagai penghalang untuk menimba ilmu daripada pemain yang lebih muda.

“Sebagai pemain kita jangan terlalu sombong dan perlu belajar daripada mereka yang mempunyai kemahiran tinggi bagi memastikan sentiasa berada pada tahap optimum.”