Sultan Ibrahim Rasmi Stadium Baharu JDT

ISKANDAR PUTERI: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan merasmikan stadium baharu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim, di sini sebentar tadi.

Dengan perasmian itu, JDT akan menggunakan stadium baharu untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini bermula menentang Kedah pada aksi pembuka tirai Liga Super dan merebut Piala Sultan Ahmad Shah.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim jelas teruja dengan pembukaan stadium baharu itu sekali gus melakar sejarah buat kelab yang ditransformasi sejak 2013 itu.

“Tujuh tahun terakhir ini cukup hebat di dalam mahupun di luar padang untuk JDT dan pembukaan Stadium Sultan Ibrahim menandakan satu lagi sejarah buat Harimau Selatan.

“Selaku sebuah kelab, JDT berkembang sejak dari detik transformasi pada 2013. Kini kami berjaya mengatasi norma biasa dalam bola sepak Malaysia yang sering berusaha untuk mencipta penanda aras yang baharu bakal menaikkan standard dan mencabar batasan di peringkat antarabangsa,” kata Tunku Ismail.

KAD JEMPUTAN DAN PAS MASUK KE STADIUM SULTAN IBRAHIM DENGAN 'AUGMENTED REALITY (AR)'Dapatkan telefon anda, imbas kad jemputan atau pas masuk ke Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim dan biarkan ciri 'Augmented Reality' tersebut memukau anda. Jadilah sebahagian dari Sejarah apabila Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim memperkenalkan Stadium Sultan Ibrahim yang serba canggih di Iskandar Puteri pada Sabtu, 22 Februari 2020. Luaskan Kuasamu Johor.———SULTAN IBRAHIM STADIUM INVITATION CARDS AND ENTRANCES PASSES WITH AUGMENTED REALITY (AR) Grab your phones, scan the invitation card or entrances pass to the Sultan Ibrahim Stadium Opening Ceremony and let the Augmented Reality feature amaze you. Be part of History as Johor Darul Ta'zim FC unveil the state-of-the-art Sultan Ibrahim Stadium in Iskandar Puteri this Saturday, 22 February 2020. Luaskan Kuasamu Johor.Hidup Johor Demi Johor#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll

Posted by JOHOR Southern Tigers on Tuesday, February 18, 2020

Sepanjang pembinaan stadium yang bernilai RM200 juta sejak Januari 2016, Tunku Ismail adalah tonggak yang memainkan peranan penting dengan terbinanya stadium yang dianggap tercanggih di rantau Asia Tenggara itu.

Tunku Ismail sentiasa memantau pembinaan stadium berkenaan dan terbabit secara langsung apabila memastikan kedudukan stadium ini menerima cahaya matahari yang mencukupi bagi kebaikan pertumbuhan rumput.

Beliau juga memastikan kepingan cermin di keliling kawasan dalam stadium dirapatkan kedudukan kerusi penonton dengan padang selain meletakkan lampu LED berwarna merah, biru dan putih keliling luar stadium untuk pencahayaan.

Selain mampu memuatkan 40,000 penonton, stadium yang dibina di atas tanah berkeluasan 28 hektar itu adalah sebahagian dari Bandar Sukan JDT yang akan menempatkan beberapa fasiliti sukan yang bakal dirancang.

‘FB LIVE UPDATE’ MAJLIS PERASMIAN STADIUM SULTAN IBRAHIM ————FB LIVE UPDATE OF SULTAN IBRAHIM STADIUM OPENING CEREMONYHidup Johor Demi Johor#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll

Posted by JOHOR Southern Tigers on Saturday, February 22, 2020

Reka bentuk stadium yang diilhamkan daripada bentuk daun pisang itu turut dilengkapi kemudahan padang jenis `zoysian’ dan ia mencapai piawaian yang ditetapkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selain sistem pencahayaan moden dan sisrtem bunyi yang canggih.