‘Sukar cari seperti De Paula’

Peny3rang tulen yang tidak banyak ‘stok’ dalam kancah tempatan menyebabkan skuad Harimau Malaya mungkin terpaksa terus mengharapkan khidmat peny3rang naturalisasi negara, Guilherme de Paula untuk aksi antarabangsa.

Justeru, pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengakui barisan kejurulatihan tetap melontarkan kepercayaan pada kemampuan ‘harimau import’ itu sekali gus seperti memberi bayangan khidmatnya akan diperlukan pada aksi Piala AFF 2020 nanti.

Tegasnya, peluang sama rata tetap diberikan bukan sahaja kepada De Paula malah kepada pemain lain memandangkan proses ‘uji bakat’ masih berlangsung sepanjang kempen Piala Malaysia ketika ini sebelum pemilihan akhir dimuktamadkan.

“Kita tidak banyak pilihan kerana kita lihat agak sukar untuk mencari peny3rang tulen yang mampu menyumbang sesuatu untuk skuad kebangsaan. Jadi, sebab itulah kita masih mengharapkan De Paula.

“Walaupun ramai yang mengkritiknya tetapi dia sentiasa berdisiplin, bersemangat dan menunjukkan kesungguhan pada sesi latihan.

“Apapun, saya mengharapkan dia mengambil peluang sebaiknya dan cuba menjaringkan gol jika diberi peluang beraksi dalam Piala Malaysia supaya dapat memberi motivasi kepadanya,” katanya.

Dalam masa sama, Cheng Hoe mengakui bekas pemain Perak itu tidak ‘koyak’ sekalipun berdepan pelbagai kritikan daripada penyokong khususnya selepas skuad kebangsaan berdepan kekalahan.

“Walaupun dia tidak faham Bahasa Melayu tetapi dia juga tahu daripada sumber yang lain. Tetapi dia sentiasa positif kerana dia tahu tanggungjawab sebagai seorang peny3rang,” katanya.

Terdahulu, bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar menggesa skuad kebangsaan supaya melupakan De Paula selepas dia dilihat tidak lagi relevan untuk ‘diangkut’ ke Singapura bagi aksi Piala AFF 2020.

sumber : BH

Bekas pemain Selangor itu menegaskan ini kerana kemampuan yang ada pada pemain Brazil itu tidak mencukupi untuk bersaing di pentas antarabangsa sekalipun statistik membuktikan dia muncul penjaring terbanyak skuad negara pada tahun ini dengan dua gol.