Status Herold Goulon Akhirnya Terjawab

Pemain pert4hanan k3ntal Pahang, Herold Goulon telah meng3sahkan akan kekal bersama skuad Tok Gajah bagi menghadapi musim 2020. Kenyataan rasmi telah dikeluarkan menerusi laman Instagram VizaManagement yang bertindak sebagai ejen pemain tersebut.

Goulon merupakan antara tonggak utama Pahang pada musim lepas dengan menjaringkan empat gol dalam semua kejohanan. Berita ini sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada para penyokong skuad Tok Gajah tatkala pasukan besar lain seperti Selangor dan Kedah begitu aktif mendapatkan pemain baru.

Pemain berusia 31 tahun itu pernah bermain bersama beberapa pasukan di Eropah seperti Blackburn Rovers dan Le Mans sebelum ini.

Laporan daripada Vocket Fc menyatakan Goulon telah menolak tawaran daripada kelab Portugal untuk terus menabur bakti bersama pasukan Pahang. Pemain kelahiran Perancis itu juga pernah mencipta jaringan luar biasa ketika beraksi men3ntang Perak pada musim lepas.

Pahang perlu bertindak segera dalam membina pasukan. Ini kerana mereka telah kehilangan beberapa pemain utama seperti Dickson Nwakaeme, Safwan Baharuddin, Zubir Azmi, dan yang terbaru Kogi Raj.