Statistik Ini Impak Kehadiran Faris Ramli

Laman sosial rasmi skuad Terengganu FC telah mengeluarkan statistik pemainnya baru-baru ini, dan berdasarkan data tersebut, Faris Ramli dilihat menyerlah dengan mendominasi dua statistik melibatkan jarak liputan dan juga kepantasan.

Untuk bola sepak luar negara, statistik begini senang untuk didapati, tidak seperti di Malaysia, mungkin hanya pasukan sahaja yang mengetahuinya, malah disimpan rapi di dalam ‘almari’ sendiri tanpa didedahkan waima kepada penyokong sendiri.

Sepanjang puluhan tahun, kita sebagai pengikut dan penyokong bola sepak di dalam negara hanya akan didedahkan kepada statistik ringan seperti jumlah jaringan gol dan jumlah bantuan gol yang sebenarnya boleh dicatatkan sendiri oleh penonton.

Terengganu telah mengeluarkan kepada umum dua data menarik untuk dikongsikan selain statistik ringan seperti yang dikatakan di atas. Jom kita ikuti serba ringkas apa yang telah disediakan oleh pihak pengurusan Sang Penyu untuk tatapan semua.

3 pemain terpantas dalam 3 perlawanan

Berdasarkan data yang diberikan oleh Terengganu, tampaknya, Faiz Nasir adalah pemain terpantas yang dimiliki oleh mereka setakat ini apabila telah merekodkan 35.68 KM/H ketika menentang Perak dalam aksi pertama Liga Super tempohari.

Begitupun, pemain import dari Singapura, Faris Ramli kemudiannya telah tampil dua kali dalam tiga pemain terpantas ketika aksi menentang Kedah dan Selangor, dengan menjadi pemain terpantas ketika menang 4-3 ke atas Kedah – iaitu 34.42 KM/H.

Dan, walaupun dominasi awal dipamerkan oleh pemain tengah dan juga peny3rang, ketika terikat 3-3 menentang Selangor dalam aksi ketiga, muncul bek kiri, Arif Fadzilah untuk mengatasi Faris Ramli dengan rekod kepantasan 34.42 KM/H.

Menariknya, selain kapten, Lee Tuck, Sanjar Shaakhmedov dan pemain muda, Azalinullah, kesemua pemain yang tersenarai dalam tiga pemain terpantas setiap perlawanan tersebut adalah rekrut terbaharu mereka untuk saingan musim ini.

Jumlah jarak liputan dalam padang

Ini juga statistik atau data yang menarik bagi sesebuah pasukan. Kita dapat melihat ‘sejauh’ mana pemain telah beraksi di atas padang dalam satu-satu perlawanan dan sekali lagi, pemain baharu Terengganu, Faris Ramli telah mendominasi data ini.

Selain memiliki kepantasan dan juga lincah beraksi, pemain berusia 27 tahun itu juga antara yang paling rajin di dalam padang dengan telah merekodkan 12.17 KM liputan dalam setiap perlawanan. Keseluruhannya adalah 36.52 KM untuk tiga aksi.

Ia mengatasi pemain yang dikatakan paling rajin di dalam padang iaitu kapten, Lee Tuck yang telah merekodkan 35.35 KM liputan. Mungkin ada kebenaran kritikan terhadap prestasinya yang dikatakan menurun? Namun, masih yang kedua terbaik.

Pemain ketiga yang merekodkan jumlah liputan terbanyak di dalam padang adalah Sanjar Shaakhmedov, penjaring gol memukau ketika Terengganu tewas 1-3 kepada Perak dalam perlawanan pembukaan tempohari – dengan 34.97 KM.

Penjaring terbanyak dan bantuan gol terbanyak

Dua data dan statistik ringkas ini pastinya sudah diketahui umum. Peny3rang baharu Sang Penyu, Dominique Sylva telah merekodkan empat gol peribadi untuk gah mengungguli carta penjaring terbanyak buat pasukan selepas tiga perlawanan.

Pel3dak terbanyak mereka musim lalu, Sanjar Shaakhmedov pula ketika ini berada di kedudukan kedua dengan dua gol, sementara Lee Tuck dan Rahmat Makasuf masing-masing telah menyumbang satu gol buat Terengganu dalam tiga aksi.

Untuk bantuan gol pula, Sanjar Shaakhmedov mempamerkan sentuhan baik dengan membuat tiga bantuan gol, sementara Faris Ramli pula tampil dengan dua bantuan gol. Lee Tuck dan Dominique Sylva pula merekodkan satu bantuan gol.

Penutup

Selain prestasi baik Sanjar Shaakhmedov sebagaimana yang dipamerkannya pada musim lalu, kehadiran Faris Ramli juga dilihat berhasil memperbaiki kekurangan mereka terutama di jentera sayap yang sedikit lemah pada musim lalu.

sumber: semuanyabola

Meskipun belum ada led@kan gol olehnya lagi, tetapi pemain skuad kebangsaan Singapura ini diketahui memiliki sentuhan jaringan yang baik. Mungkin tidak lama lagi, pemain sayap meny3rang Terengganu ini bakal mula ‘men3mbak’.

Ini kerana, dalam tiga perlawanan yang telah dilaluinya, pemain yang pernah beraksi di Liga Malaysia ketika menyarung jersi LionsXII dan PKNS FC ini merupakan antara tujuh pemain yang tampil penuh 270 minit aksi buat Terengganu.