Spekulasi ketiadaan Matthew Davies bersama skuad Harimau Malaya akhirnya terjawab

Jawapan ketiadaan pertahanan kanan negara, Matthew Davies bersama skuad Harimau Malaya di Piala AFF di sini akhirnya terjawab apabila Davies selamat menjalani pembedahan hernia di Jerman.

Keputusan menggvgurkan namanya sebelum ini menc3tuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat tanahair.

Antara alasan pengguguran pemain kacukan Australia-Malaysia itu sebelum ini adalah faktor kecederaan, meskipun dia dilihat beraksi cukup baik bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas final Piala Malaysia menentang Kuala Lumpur City (KL City FC) pada 30 November lalu.

Menerusi perkongsian di laman sosial, Davies gembira pembedahan itu berjaya dan mengakui sudah menanggung derita kesakitan itu selama enam bulan. “Pembedahan hernia sukan yang berjaya di Jerman. Tidak sabar beraksi tanpa kesakitan selepas kesakitan selama enam bulan. Terima kasih kepada JDT kerana membantu mengatur [pembedahan] oleh salah seorang pakar bedah terbaik di dunia untuk menyelesaikan masalah ini. Kini masanya untuk berehat dan menikmati cuti,” katanya.

Davies, 26, mula menyertai skuad senior sejak 2015 dan dianggap tonggak utama pasukan negara di posisi pertahanan kanan.

sumber : arena metro

Ketiadaannya di Piala AFF diisi seorang lagi tonggak berwibawa, Rizal Ghazali yang setakat ini berjaya membantu pasukan menewaskan Kemboja 3-1 pada aksi pertama Isnin lalu.