Skuad Jang semakin jauh dibelakang Sarawak apabila tewas keatas Kelantan FC

Seremban: Ketua jurulatih Negeri Sembilan FC (NSFC), K Devan terkilan dengan keputusan perlawanan Liga Perdana menentang Kelantan FC, di Stadium Sultan Mohamad ke-1V Kota Bharu, yang berkesudahan skuad bimbingannya tewas 1-2, petang semalam.

Bagi beliau yang juga bertindak sebagai pengurus pasukan, biarpun kedudukan pasukan tidak berubah di tangga kedua carta liga dengan mengumpul 32 mata, namun kekalahan itu meletakkan jurang yang melebar dengan pendahulu, Sarawak United yang kini meraih 37 mata.

Sarawak mencatat kemenangan 3-0 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC dalam satu lagi aksi berasingan malam tadi.

“Dari segi persembahan keseluruhan permainan, saya berpuas hati tetapi keputusan ternyata tidak menyebelahi kita.

“Kita juga berjaya menguasai sebahagian besar permainan dan melakukan s3rangan ke kubu pasukan lawan hingga menghasilkan banyak peluang jaringan, tetapi penyudah barisan hadapan tidak begitu baik.

“Kesilapan yang dilakukan di bahagian pertahanan membolehkan jentera s3rangan Kelantan menjaringkan gol pertama, namun kita berjaya menyamakan kedudukan,” katanya dalam kenyataan di laman rasmi NSFC, hari ini.

Devan berkata, walaupun persembahan pada separuh masa kedua sudah dilihat seimbang, namun gawang Negeri Sembilan bolos buat kali kedua pada minit-minit terakhir permainan.

Menurutnya, skuad Hobin Jang Hobin seharusnya berupaya mencatatkan kemenangan atau sekurang-kurangnya meraih satu mata untuk dibawa pulang ke Seremban.

SumberHM

“Bagaimanapun hasrat itu tidak kesampaian dan kita terlepas peluang untuk mendapatkan tiga mata dari Kota Bharu,” katanya.