Skuad Harimau Kumbang mahu tambah duka Kedah

Kuala Lumpur: Pembvruan bagi mengukuhkan tempat ketiga Liga Super bukan menjadi matlamat utama Penang FC yang sebaliknya mahu meneruskan rentak kemenangan apabila bertandang ke Stadium Darul Aman bagi berdepan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), malam esok.

Menghormati kekuatan tuan rumah yang pasti mahu bangkit selepas tewas 2-4 kepada Selangor pada Jumaat lalu, ketua jurulatihnya, Tomas Trucha, berkata, beliau hanya berikan tumpuan kepada persiapan sendiri tanpa memikirkan mengenai lawan.

Ditambah kehilangan tiga pemain utama iaitu Ryuji Utomo, Khairu Azrin Khazali dan Casagrande yang tidak dapat diturunkan, pengendali berasal dari Republik Czech itu tidak berselindung perancangan mereka banyak terjejas.

“Saya belum memikirkan dari segi itu bagi mendapatkan tempat ketiga jika kita menang dengan Kedah kerana banyak kali saya jelaskan kami hanya berikan tumpuan dari satu ke satu perlawanan.

“Buat masa ini saya rasakan pemain melakukan tugas dengan cemerlang walaupun perlawanan sebelum itu kami tewas 1-4 dengan Selangor namun bangkit untuk menang 2-1 ke atas Melaka.

“Secara keseluruhan sepanjang musim ini, saya rasa kami sudah buktikan banyak perkara dan harap kami mampu meneruskan rentak cemerlang ini sehingga penghujung musim. Saya tidak nafikan pasukan serba sedikit terganggu tanpa tiga pemain utama kerana penggantungan perlawanan, tetapi saya optimis pemain yang gantikan tempat mereka masih boleh membantu kemenangan pasukan,” katanya.

Ketiadaan Utomo di bahagian pertahanan dijangka akan digalas Abdul Latiff Suhaimi manakala David Rowley atau Fadhil Idris berpeluang diturunkan dalam kesebelasan utama bagi mengisi posisi Khairu Azrin.

Sementara itu di posisi s3rang@n, penjaring gol kemenangan Penang semasa berdepan Melaka, Sheriddin Boboev hampir pasti menjadi taruhan utama Trucha selain dibantu Endrick Dos Santos.

sumber:HM

Penang FC kini berada di tangga ketiga berpeluang menjarakkan kedudukan dari Selangor dengan perbezaan lima mata jika mampu mengatasi Kedah selain merapati kedudukan Terengganu FC di tangga kedua melalui jurang tiga mata.