Skuad Hang Tuah bawa masuk dua pemain JDT

Barisan pemain dan kejurulatihan Melaka United (MU) yang menunjangi pasukan berkenaan musim depan bakal diumumkan sebelum hujung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United Football Club (MUSA) Datuk Wira Justin Lim berkata, buat masa ini pengurusan MUFC sedang dalam proses perbincangan akhir berkaitan senarai pasukan berkenaan musim depan.

Justeru pihaknya, akan mengumumkan secara rasmi barisan kejurulatihan serta senarai pemain yang bakal membawa cabaran pasukan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) 2022 sebelum 31 Disember 2021.

“Pengurusan MUFC sedang merencanakan strategi dan pelan terbaik bersesuaian dengan bajet pasukan dalam misi kami untuk menampilkan saingan hebat dalam Liga M musim depan.

“Sokongan penyokong MUFC amat dihargai dan semoga dengan sokongan terbabit bakal menjadi pemangkin kepada kelab bola sepak berkenaan untuk terus mencipta kejayaan demi kebanggaan kita bersama pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan MUFC.

Skuad berkenaan yang cemerlang menyamai rekod mara ke separuh akhir Piala Malaysia 1983 musim ini jelas memberi persembahan membanggakan sebelum tewas kepada Kuala Lumpur City menerusi sepakan penalti pada separuh akhir kedua di Stadium Hang Jebat.

Sebelum ini, skuad Hang Tuah membawa masuk dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) Fadhli Shas dan Syazwan Andik selain penjaring terbanyak Liga Super musim 2021, Ifedayo Olusegun.

Sementara itu, dua pemain musim ini, Che Rashid Che Halim dan Jang Suk Won (Korea Selatan) sah masing -masing menyertai Negeri Sembilan FC (NSFC) dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

sumber : arena metro

Bagaimanapun, pengumuman pembentukan dan gabungan pemain sedia ada musim ini dan muka baharu bakal menjadi resipi buat pasukan terbabit beraksi lebih mantap musim 2022 kelak.