Sherman, Tchetche bimbang

ALOR SETAR: Dua pel3dak berb!sa Kedah Kpah Sherman dan Kipre Tchetche tetap fokus mengekalkan kecergasan masing-masing meskipun Liga Malaysia (Liga M) dihentikan akibat wabak pandemik COVID-19 sejak Mac lalu.

Kedua-duanya yang menjalani latihan secara bersendirian di rumah bagaimanapun mengakui sudah merindui untuk menyambung sesi latihan kerana itu sahaja satu-satunya cara untuk mereka tingkatkan lagi ketaj@man menjaringkan gol.

Tchetche mengakui ketaj@man seseorang peny3rang boleh terjejas jika terlalu lama tidak menjalani latihan rembatan seperti dilakukan dalam kawasan gol.

“Namun, teknik atau kebolehan individu yang ada pada setiap peny3rang itu boleh kembali digilap berdasarkan pengalaman pemain berkenaan.

Peny3rang yang bagus perlu sentiasa mengamalkan latihan secara berterusan bagi mencapai tahap kesempurnaan dan apabila dibenarkan kembali berlatih nanti, ia masa terbaik untuk saya asah semula ketaj@man,” kata pemain kelahiran Ivory Coast itu.

Sherman juga tidak menolak akibat kekurangan latihan di depan kawasan gol akan memberi kesan terhadap ketaj@man seseorang peny3rang.

“Ya, secara jujurnya jika peny3rang kekurangan latihan di atas padang, ia akan memberi im pak terhadap aspek ket@jaman, dan bagi mengelak kesan berkenaan, peny3rang harus lebih fokus dalam menjalani latihan berterusan apabila dibenarkan kembali ke padang nanti.

“Walaupun semasa saya bercuti sebelum ini, saya tetap luangkan masa berlatih di padang namun dalam situasi sekarang iaitu dalam tempoh PKP ini berbeza sama sekali kerana kita diwajibkan mematuhi arahan semua aspek berkaitan latihan.

“Saya harap bola sepak di Malaysia kembali pulih secepat mungkin daripada ancaman wabak bahaya ini dan jika latihan dapat dibenarkan semula dengan peraturan serta Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu yang akan diperkenalkan nanti, ia berita yang baik untuk pemain,” kata pemain kelahiran Liberia itu.

Kedah menghimpun 11 gol dalam enam perlawanan Liga Super musim ini termasuk aksi kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) Februari lalu, sebelum Liga M terhenti akibat wabak COVID-19 Mac lalu.