Shahrul Saad membuat keputusan

Shahrul Saad membuat keputusan untuk menandatangani kontrak baharu bersama Perak, meskipun terdapat khabar angin mengatakan beliau akan berhijrah pada musim depan.

Menurut laporan Bernama, Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesahkan Shahrul dan beberapa pemain utama pasukan Perak telah menandatangani pembaharuan kontrak termasuklah pemain tengah J. Partiban.

“Ramai dalam kalangan pemain tempatan yang telah tamat kontrak tandatangan kontrak semula. Saya amat yakin kita tidak perlu berg4ntung sepenuhnya kepada pemain import, saya percaya ini akan memperkuatkan pasukan untuk jangka masa panjang,” katanya.

Shahrul berhijrah ke Perak pada 2016 dan menjadi watak penting dalam kesebelasan utama pasukan sehingga diberi lilitan kapten pasukan, malah turut diberikan kepercayaan oleh Tan Cheng Hoe dalam skuad kebangsaan.

Pada masa sama, Faizal menganggap Perak perlu menyediakan bajet mencukupi bagi pembangunan pemain di peringkat akar umbi berbanding terlalu menumpukan kepada pemain import.

Setakat ini, hanya dua pemain import Perak masih kekal bermain musim hadapan iaitu Rai Anderson Da Costa Morais atau lebih dikenali dengan Careca dan Leandro Dos Santos.

Sebelum ini, beberapa pemain Perak telah pun men!nggalkan pasukan iaitu Brendan Gan, Norhakim Hassan dan Mohd Nasir Basharuddin.