Selangor Terpaksa Membayar Pampasan Sebanyak RM300,000

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) terpaksa membayar pampasan sebanyak RM300,000 kepada penganjur Piala Meizhou Hakka kerana menarik diri daripada menyertai kejohanan pramusim di China itu hari ini.

FAS membuat keputusan mengejut apabila tidak menyertai kejohanan pramusim di China itu yang dijadualkan bermula hari ini sehingga Selasa depan.

Keputusan itu dibuat badan itu beberapa jam sebelum barisan pemain Selangor dijadualkan berlepas ke negara berkenaan pagi tadi.

Wabak Cor0nav!rus menjadi punca utama keputusan itu diambil bagi mengutamakan keselamatan pemain dan pegawai skuad Gerg@si Merah.

“RM300,000 mungkin jumlah yang telah mereka telah belanjakan daripada segi penerbangan dan semua kemudahan. Tiket juga telah jual. Kesan memang agak besar terhadap kewangan kami tetapi kebajikan pemain paling utama,” kata Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon.

Lokasi yang dijadualkan menjadi venue saingan, Meizhou, terletak sekitar 100 kilometer dari Wuhan yang sedang dikejutkan dengan penul@ran w@bak berkenaan.

Bagaimanapun, dua pasukan lain seperti Sangju Sangmu dari Korea Selatan serta wakil Thailand, Chonburi FC, tetap meneruskan penyertaan dalam kejohanan itu.

“Perkara ini berlaku pada saat-saat akhir. Peny@kit ini baru muncul, sebelum ini hanya wab@k Influ3nza, sebab itu kami terpaksa buat keputusan drastik,” tambah┬áDr. Johan.