Selangor Tak Jadi

Pasukan Liga Super, Selangor telah membuat keputusan untuk tidak menyertai kejohanan pra-musim di China atas faktor penyebaran wa bak berb@haya yang mel@nda negara tersebut.

Menurut kenyataan rasmi FA Selangor, keputusan tersebut diambil selepas mendapat khidmat nasihat daripada beberapa sumber.

“Selepas mengambil kira beberapa aspek dan juga nasihat daripada beberapa sumber, pengurusan Selangor telah mengambil keputusan untuk menarik diri dari kejohanan pra-musim yang diadakan di China pada 24 hingga 28 Januari 2020.”

“Wa bak kor0nav!rus merupakan punca utama mengapa keputusan berat ini perlu diambil untuk memastikan kes3lamatan pemain pegawai pasukan untuk mengelakkan ianya mer3bak kepada ahli keluarga mereka di Malaysia.”

“Pihak Selangor memohon maaf kepada penganjur kejohanan iaitu Meizhou Hakka FC dan akan cuba untuk menyelesaikan hal ini semampu kami.”

Sebelum ini, Selangor telah mengharungi kejohanan pra-musim di Shah Alam iaitu Selangor Asia Challenge. Buat masa ini, mereka belum keluarkan apa-apa perancangan alternatif bagi menggantikan program pra-musim mereka di China.