Selangor singkir Melaka

MELAKA: Selangor mara ke suku akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Melaka 2-1 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput sebentar tadi.

Berstatus sebagai tuan rumah nyata membakar semangat pemain Merah Kuning untuk bertindak garang walaupun aksi di venue yang menjadi lokasi Melaka sebagai gelanggang utama.

Kesungguhan juara 33 kali itu untuk mencipta kemenangan terserlah selepas berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-21 menerusi jaringan bekas peny3rang Melaka, Ifedayo Olusegun.

Gol berpunca daripada gerakan menarik rangkaian ser@ngan Selangor selepas Wan Zack Haikal melintangkan bola kepada Ifedayo yang tidak dikawal sekali gus membolehkan peny3rang import itu mudah menewaskan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.

Bagaimanapun, Melaka pantas bertindak untuk menyamakan kedudukan namun percubaan Uche Agba pada minit ke-35 berjaya diselamatkan penjaga gol Khairul Azhan Mohd Khalid.

Lima minit babak kedua bersambung, Selangor terus menampilkan ser@ngan berkualiti selepas Sandro Da Silva bijak melakukan rembatan dari dalam kotak penalti namun diselamatkan Khairul Fahmi.

Namun pada minit ke-52 Sandro menebus kehampaan dengan jaringan buat pasukannya selepas menerima hantaran Ifedayo.

Ketinggalan dua gol meningkatkan kesungguhan Melaka untuk kembali bangkit menerusi jaringan Uche Agba pada minit ke-63 selepas menerima hantaran pemain gantian Ahmad Syamim Yahya.

Apapun, semuanya sudah terlambat buat skuad Hang Tuah selepas setiap usahanya menyamakan kedudukan dan mengheret permainan ke masa tambahan tidak berhasil.