Selangor cari ‘bala’ ?

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) disifatkan melakukan ‘perjud!an’ terbesar selepas berjaya mengikat 28 pemain daripada Akademi Mokhtar Dahari (AMD) untuk bersama pasukan itu bermula musim 2020.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP), Safirul Azli Abu Bakar berkata, FAS tampak mengambil risiko apabila ‘memb0rong’ hampir sebahagian besar pemain daripada akademi elit itu ketika tiada jaminan mereka mampu beraksi dengan baik selepas memasuki pentas profesional.

Malah Safirul yang menjadi tul4ng belakang bagi membantu kel0mpok pemain ini mendapat tempat di Selangor menegaskan hanya Red Giants yang bersetuju untuk memenuhi segala ‘syarat’ yang diletakkan ibu bapa pemain sebelum menandatangani kontrak.

“Saya tidak pasti jika pasukan lain ada merisik pemain ini tetapi apa yang saya boleh pastikan Selangor adalah antara yang terawal menawarkan kontrak kepada mereka. Mungkin pasukan lain mengambil pendekatan untuk tunggu dan lihat.

“Situasi ini jelas melegakan kelompok besar ibu bapa yang sebelum ini mengakui runsing dengan masa depan anak mereka selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Setidak-tidaknya, ada jaminan buat anak mereka apabila sudah mengesahkan pasukan untuk musim hadapan.

“Sepengetahuan saya, Johor Darul Ta’zim (JDT) ada menjemput beberapa ibu bapa bersama Lim Teong Kim untuk menyatakan hasrat mereka memiliki pemain ini. Tetapi mereka sudah mempertimbangkan semua tawaran dan membuat keputusan terbaik dan kita perlu menghormati keputusan mereka.

“Cuma melihat daripada aspek lain, risiko besarnya di sini adalah untuk Selangor kerana mereka tidak tahu sama ada pemain ini benar-benar dapat berkembang ataupun tidak menjadi sebagai pemain profesional,” katanya.

Difahamkan, gaji yang ditawarkan kepada pemain AMD yang menyertai Selangor musim depan tidaklah terlalu tinggi iaitu sekitar RM2,000 ke RM5,000.

Mengulas mengenai kemasukan kelompok besar pemain AMD ke pasukan The Red Giants, Safirul menjangkakan semua pemain itu tetap berpeluang untuk mendapat minit permainan tanpa mengira pasukan yang bakal menempatkan mereka nanti.

“Kita harus ingat mereka baru berusia 18 tahun dan bukan semuanya akan dilongg0kkan untuk beraksi bersama Selangor II. Mungkin hanya terbaik dalam kalangan mereka akan beraksi bersama pasukan ‘feeder’ itu.

“Selebihnya, masih ada tempat dalam skuad Piala Belia dan Piala Presiden. Di sini, apa yang lebih mustahak adalah mereka terus beraksi secara kompetitif untuk mengembangkan lagi potensi mereka,” katanya.