Selamat Datang Ke JDT

Pasukan Liga Malaysia dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah skuad kebangsaan Thailand, Sarach Yooyen bagi saingan musim hadapan.

Salah seorang pengguna Twitter yang membawa berita mengenai Muangthong United, Muangthong United Thailand menyatakan antara pasukan yang dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat Yooyen ialah juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

JDT dilihat mahu membawa masuk Yooyen bagi menggantikan pemain dari Singapura yang turut menggalas tugas sebagai ketua pasukan, Hariss Harun untuk mengisi kuota pemain import Asia Tenggara.

Sarach Yooyen merupakan antara pemain tengah berpengalaman di rantau Asia Tenggara dimana beliau telah memenangi beberapa kejuaraan bersama skuad Ga jah P3r@ng dan juga Muangthong United.

Pemain berusia 27 tahun itu pernah memenangi pingat emas Sukan SEA 2015 di Singapura selain dua trofi Piala AFF Suzuki pada 2014 dan 2016.

Di peringkat kelab pula, Yooyen mem bantu Muangth0ng memenangi saingan Thai League 1 pada 2016 dan 2012 serta Thai League Cup pada 2016 dan 2017.