Sekarang Semua Berbeza

Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K.Rajagobal meneg@skan perbandingan antara barisan pemain ketika di bawah bimbingan beliau dan barisan pemain di bawah kendalian Tan Cheng Hoe tidak seharusnya dilakukan.

Dalam satu podcast bersama media Indonesia, #ManToManMarking, ketika ditanya mengenai skuad mana yang lebih baik, Rajagobal menjelaskan barisan pemain ketika era beliau dan Tan Cheng Hoe merupakan barisan yang berbeza dan tidak seharusnya dibandingkan antara satu sama lain.

Kita perlu memahami perkara ini. Ketika di bawah kendalian saya, barisan pemain ialah berbeza. Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe ketika juga mempunyai barisan pemain yang berbeza.

“Secara jujurnya, pada pendapat saya, kita tidak boleh membuat perbandingan mengenai perkara tersebut. Sekarang corak permainan Malaysia berbeza dengan apa yang saya terapkan dahulu,” kata Rajagobal.

Datuk K.Rajagobal dan Tan Cheng Hoe seringkali dibandingkan kerana kedua-duanya pernah bekerjasama ketika Malaysia memenangi Piala AFF Suzuki pada 2010. Seterusnya, Cheng Hoe juga berjaya membimbing Harim@u Malaya mara ke perlawnan akhir Piala AFF pada edisi 2018 lalu.