sedia dapatkan Takumi Minamino

saingan Liga Perdana Inggeris, Liverpool dilap0rkan bersiap sedia untuk melanc4rkan bidaan bagi mendapatkan khidmat pemain Jepun berusia 24 tahun, Takumi Minamino yang kini beraksi untuk Red Bull Salzburg.

Berita mengenai perkara ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan oleh Fabrizio Romano yang mengemaskini Twitter, mengesahkan bahawa Liverpool sedang mengadakan perbincangan lanjut mengenai pemain itu.

Menurut beliau lagi Takumi Minamino dan ejennya mahukan k0ntrak jangka panjang 5 tahun dari pasukan Liverpool selain meng4kui menerima bidaan dari beberapa lagi pasukan dalam saingan Ligue 1 serta Bundesliga.

Liverpool juga dikatakan bersedia untuk membayar klausa pelepasan pemain itu dari Red Bull Salzburg bernilai £7.25 juta selain mereka turut mahu membesarkan ‘presence’ kelab di Asia Timur dan Takumi Minamino dilihat memenuhi semua kriteria yang dikehendaki.

Takumi Minamino merupakan produk akademi remaja Cerezo Osaka pernah beraksi untuk skuad utama selama 3 musim dari 2012 hingga 2014 sebelum berhijrah ke Red Bull Salzburg pada musim 2015.

Pernah bergandingan bersama Diego Forlan dalam aksi bersama pasukan senior di Cerezo Osaka, Takumi Minamino berjaya turun dalam 62 perlawanan dan menjaringkan 7 gol.

Nilai £7.25 juta itu dikatakan satu nilai yang cukup murah berdasarkan prestasi yang telah dipamerkan oleh Takumi Minamino terutama dalam musim 2019 ini.

Dijangka beliau akan tiba di Liverpool pada jendela perpindahan musim sejuk nanti mungkin menjadi tonik tambahan untuk Liverpool meneruskan momentum hebat meraih gelaran juara Liga Perdana Inggeris.