Sebenarnya Ramai Yang Tak Nampak

Walaupun seringkali dikr!tik malah adakalanya menjadi bahan ‘tr0ll’ dalam kalangan penyokong, bekas penyrang kebangsaan Ahmad Fakri Saarani mempunyai kelebihan tersendiri yang ramai tidak tahu.

Demikian pandangan pemain sayap Selangor, Syazwan Zainon mengenai pemain versatile yang boleh beraksi di pelbagai posisi itu sambil mengakui Ahmad Fakri Saarani adalah salah seorang pemain yang sangat dikaguminya dalam Liga Malaysia.

Ramai tidak nampak apa yang ada pada Fakri, sebenarnya jika ikuti perjalanan kariernya, dia lebih cepat naik daripada saya walaupun kami bersekolah sama di Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Ketika di puncak prestasi, saya kagum melihat kesungguhannya dalam latihan serta permainan sebenar malah gayanya cukup ker@s malah sentiasa membantu rakan-rakan yang lain sehingga beri kesuk@ran kepada pemain law@n.

Walaupun sentiasa mendapat krit!kan ped@s daripada peminat jika dia ada buat kesil@pan, Fakri tidak pernah berdend@m atau mar@h kepada peminat dan sikap ini juga sesuatu yang p0sitif yang pada dirinya.

“Biarpun dia kini tidak lagi aktif bermain, saya memilih Fakri atas kecemerlangannya semasa di puncak prestasi malah jangan lupa dia dulu sentiasa mendapat panggilan skuad kebangsaan serta skuad bawah umur,” kata Syazwan yang menyenaraikan Ahmad Fakri Saarani dalam Best XI Liga Malaysia pilihannya.

Sebagai rekod, Ahmad Fakri Saarani memulakan karier professional bersama Perak sebelum menyertai Harim@u Muda pada 2007 dan selepas itu mewakili banyak pasukan lain termasuk Perlis, Negeri Sembilan, Felda United, Kelantan, Kedah dan Melaka United.

Ahmad Fakri juga pernah membantu pasukan negara menoktahkan penantian 20 tahun untuk memenangi pingat emas Sukan Sea pada 2009, selain pernah berkelana seketika di bumi Eropah dengan menyertai kelab Portugal, Athletico.

Sementara itu, pemain lain yang berada dalam senarai Best XI pilihan Syazwan Zainon adalah Farizal Marlias (penjaga gol) manakala Fitri Omar, Fauzi Nan, Khairunnisam Sahabudin dan Rizal Ghazali mengisi bent3ng pertah@nan.