Saya yakin boleh tewaskan JDT

Faisal Rosli yakin Pahang tetap mampu memberikan saingan kepada JDT, apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam saingan Liga Super di Kuantan, Jumaat ini.

Ini meskipun keh!langan beberapa pemain utama termasuk Khalil Khamis yang masih terkandas di Lebanon.

Malah, pemain pertahanan itu percaya Pahang boleh mencipta kejutan dan meraih tiga mata di laman sendiri.

“Fokus utama kami ketika ini ialah mempertingkatkan persefahaman,” katanya kepada Harian Metro.

“Tahap kecergasan juga diberikan penekanan untuk memastikan kemenangan memihak kepada Pahang.”

Pada masa sama, Faisal mahu memastikan barisan peny3rang JDT tidak dapat menembusi pertahanan Pahang.

“Pihak lawan sudah pasti mahu meraih tiga mata untuk mengukuhkan kedudukan mereka di persada Liga Super.

“Oleh itu, harap kami dapat mengutip tiga mata dan sedia mengekang as@kan JDT yang diterajui peny3rang sensasi mereka, Safawi Rasid.

“Pada masa sama, jentera ser@ngan Pahang diharap lebih padu untuk membolosi gawang Harimau Selatan.”