”Saya tidak mahu menandatangani secara tergesa-gesa ”

Sepak mula Liga Malaysia yang hanya akan bermula pada 28 Februari membuatkan ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh tidak terlalu terburu-buru mempersiapkan pasukan terutamanya dalam mencari pemain import.

Pahang yang dilihat begitu pasif pada jendela perpindahan kali ini telah melepaskan beberapa pemain utama seperti Muhammad Safuwan Baharudin, Lazarus Kaimbi, Dickson Nwakaeme, Saddil Ramdani dan Norshahrul Idlan Talaha.

Dalam pada itu, pemain-pemain tempatan seperti Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Zubir Azmi, Afif Amiruddin, R. Kogileswaran, A. Salomon Raj dan Remezey Che Ros turut menerima nasib yang sama.

Kehilangan pemain-pemain tersebut bagaimanapun tidak membuatkan Dollah panik kerana beliau masih mempunyai tiga tonggak utama skuad kebangsaan.

”Kami masih mempunyai pemain seperti Matthew (Davies), Mohamadou Sumareh dan Nor Azam Azih yang merupakan pemain skuad kebangsaan.”

”Kami juga mempunyai beberapa pemain muda yang mencuri tumpuan pada musim lalu. Ia sentiasa menjadi tugas yang mencabar untuk membina kembali pasukan tetapi kami telah memulakan proses itu, jadi kami boleh menjadi lebih baik pada masa hadapan,” ujar Dollah bercakap kepada wakil The Star Online.

”Selain itu, musim [Liga Malaysia 2020]  hanya akan bermula pada 28 Februari, jadi kami mempunyai masa dua bulan untuk melakukan persiapan.”

sumber: semuanyabola

”Saya tidak mahu menandatangani pemain secara tergesa-gesa dan kemudiannya menyesal terutamanya pemain import. Kemudiannya terpaksa lagi mengeluarkan perbelanjaan untuk menukar pemain pada jendela perpindahan kedua.”

Dalam perkembangan yang sama, Dollah turut mengesahkan kehadiran dua penjaga gol Kuala Lumpur, Mohd Sharbinee Allawee Ramli dan Muhd Daniel Wafiuddin Sa’dun serta R. Gopinathan bagi memperkuatkan pasukan Pahang.