“Saya tidak disenaraikan”

KUANTAN: Pemain pertahanan Sri Pahang FC, Ashar Al Aafiz Abdullah terkilan kerana tidak dapat bermain apabila pasukan itu melayan UiTM FC, Sabtu ini.

Pemain berumur 26 tahun itu digantung satu perlawanan selepas mengutip tiga kad kuning.

“Oleh itu, saya harap rakan sepasukan dapat mempamerkan aksi terbaik terutama mengutip tiga mata selepas kali terakhir melakukannya ketika menewaskan Sabah pada 16 Mac lalu.

“Misi utama pasukan adalah untuk mencatat kemenangan yang diharap dapat direaliasikan rakan sepasukan,” katanya.

Mengulas kepercayaan diberikan ketua jurulatih, Dollah Salleh yang menyenaraikan dalam kesebelasan utama, dia berterima kasih di atas keyakinan diberikan itu.

Katanya, kepercayaan diberikan bekas pemain kebangsaan itu memberi lebih keyakinan dan semangat.

“Setakat ini, tujuh perlawanan saya diletakkan dalam kesebelasan utama dan hanya pada tiga perlawanan awal, saya tidak disenaraikan.

“Sebagai pemain, saya sudah melakukan yang terbaik buat pasukan selain dibantu rakan sepasukan untuk mempamerkan prestasi terbaik.

sumber:BH

“Sebagai pemain sudah pasti minit permainan akan menjadikan pemain memiliki pengalaman dan ia turut dialami oleh saya untuk lebih matang,” katanya.