“Saya Dah Keluarkan Produk Saya Sendiri”

KUALA LUMPUR: Bintang Harimau Malaya, Safawi Rasid bertindak mengeluarkan produk ‘hand sanitizer’ atau cecair basmi kuman jenamanya sendiri susulan penularan COVID-19 yang semakin membimbangkan di negara ini.

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menjelaskan tujuan dia mengeluarkan produk berkenaan selepas melihat stok barangan itu yang semakin berkurangan di pasaran.

“Saya dah keluarkan produk saya sendiri ‘hand sanitizer’, jenama saya sendiri. Saya buat ini sebab saya tengok sanitizer di pasaran sudah kurang,” kata Safawi dalam satu klip video di Instagram miliknya.

“Jadi saya harap apa yang saya buat ini dapat mengurangkan lagi jang kitan di Malaysia dan harap benda ni tak berleluasa di mana-mana.

“Tapi korang (anda) pun kena tolong diri korang sendiri dan orang tersayang supaya jangan ke mana-mana dan duduk saja di rumah.”

sumber: BH

Kebimbangan penularan COVID-19 turut menjejaskan kancah saingan bola sepak tempatan seterusnya memaksa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menangguhkan saingan Liga Malaysia (Liga M) dan semua kejohanan lain di bawah kelolaan mereka.