‘Saya bukannya kej@m’

KOTA BHARU: Bekas pemain Kelantan, Amirizdwan Taj Tajuddin kec3wa dengan sikap Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang terus berdiam diri berhubung tuntutan tunggakan gajinya yang masih belum dibayar sehingga kini sebanyak RM167,304.

Pemain pertahanan itu berkata lebih mengecewakan apabila bekas majikannya itu tidak menghormati arahan Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membayar tunggakan gajinya dan bekas pegawai, Mohd Hisham Jainudin berjumlah RM11,166.

“Kec3wa mereka (KAFA) kata mahu melakukan perbincangan dalam hal ini, namun tidak pernah menghubungi saya untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah ini.

“Saya bukannya k3jam meminta KAFA menyelesaikan semua tunggakan gaji, saya boleh mengadakan perbincangan untuk mencari kaedah terbaik bagi pembayaran itu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Selain Amirizdwan Taj, bekas ketua pasukan TRW, Mohd Badhri Mohd Razi juga antara yang lantang bersuara menuntut tunggakan gaji mereka dan bekas pemain tempatan terhadap KAFA.

Amirizdwan Taj turut mempersoal tindakan KFA yang cuba melunaskan tunggakan gaji pemain import dengan melancarkan Tabung Selamatkan Bola Sepak Kelantan berbanding pemain tempatan yang turut mengalami nasib sama.

“KAFA sibuk melancarkan Tabung Selamatkan Bola Sepak Kelantan untuk membayar tunggakan gaji pemain import, Cassio De Jesus, Bruno Lopes dan Alaeddine Bouslimi sebagaimana yang diarahkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“Kami tertanya-tanya adakah KAFA mengambil langkah sama untuk pemain tempatan… kami juga mempunyai tanggungan, oleh itu kami mahu persatuan berlaku adil terhadap pemain tempatan yang lain,” katanya.

sumber: BH

Beliau meminta agar KAFA tidak memberi sebarang alasan dan bercakap manis dalam media sahaja, sebaliknya menyelesaikan segala tuntutan pemain tempatan mengikut tarikh yang ditetapkan FAM iaitu sehingga 30 Jun ini.

“Kami tunggu sehingga tarikh itu dan tengok apa yang berlaku, jangan hanya bijak buat keputusan mempergunakan kami untuk kepentingan KAFA bagi mengelakkan dikenakan tindakan oleh FAM dan FIFA,” katanya. – BERNAMA