Saya Buat Keputusan

Sejak berada di bawah perintah kawalan pergerakan selama dua minggu, Safawi Rasid dikenali sebagai pemain JDT yang berhati mulia kerana membantu masyarakat dalam memerangi penularan wa bak C0VID-19.

Pemain berusia 23 tahun itu bukan sahaja memberikan bantuan kepada golongan memerlukan di kampung kelahirannya di Dungun, Terengganu, malah memberikan sumbangan kepada petugas barisan hadapan di Johor.

Ia satu usaha murni yang amat dialu-alukan terutamanya daripada seorang pemain bolasepak negara, selepas bintang terkemuka dunia seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo turut memainkan peranan dalam memerangi C0VID-19.

Ia sedikit sebanyak menebus kesilapannya selepas terpal!t dengan krit!kan kerana prestasi bu ruk serta kontr0versi antara kekasihnya Syifa Melvin dan pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Saya dikr!tik kerana pamerkan aksi buruk dalam beberapa perlawanan,” katanya kepada The Star.

“Kalau dulu, biasanya prestasi saya akan jadi lebih teruk, tapi saya selalu menemui cara untuk mendapatkan semula sentuhan.

“Saya pun baru pulih daripada keced3raan. Sebab itu, saya tak dapat beraksi untuk tiga perlawanan. Saya harap dapat kembali tunjuk prestasi yang baik.

“Masa proses pemul!han, saya berusaha untuk tingkatkan kecergasan fizikal dan tingkatkan semangat untuk pamerkan aksi terbaik.

“Ada krit!kan yang membina, ada juga yang agak menyak!tkan hati, tapi saya buat tak tahu sahaja. Saya hanya mahu melakukan yang terbaik untuk tutup krit!kan orang.”

Ketika ini, Safawi berlatih di rumah bersama adiknya Alfi yang beraksi dengan JDTIII dalam saingan Piala Presiden.

“Saya selalu guna basikal senaman untuk kekal cergas. Sama macam pemain lain, saya ikut program yang disediakan oleh jurulatih kecergasan.

“Pada masa sama, penting untuk ambil pemakanan seimbang. Buat masa ini, saya banyak ambil makanan berprotein dan serat. Nasib baik ada banyak makanan itu di rumah sebelum perintah kawalan pergerakan dilaksanakan.”

Safawi turut berkongsi pengalamannya memberikan sumbangan dan bantuan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan.

“Saya berancang untuk bantu keluarga saya dan adik-beradik yang jaga mereka ketika ini.

Di Johor Bahru, saya tengok ada hospital yang perlukan bahan-bahan pembasmi kuman, jadi saya buat keputusan untuk edar di hospital.

“Bila saya jumpa dengan petugas barisan hadapan, saya dapat rasa perasaan mereka. Sebab itu, saya harap semua orang duduk di rumah. Semua orang mahu wa bak ini berakhir tapi segalanya terpulang kepada kita untuk membantu menghentikannya.”