PENGENDALI H@rimau Malaya, Tan Cheng Hoe menegaskan bahawa beliau enggan memikirkan mengenai soal membimbing skuad Bawah 23 (B-23) tahun negara pada ketika ini.
Sebaliknya, jurulatih berusia 51 tahun itu berkata, hanya mahu memikirkan untuk membawa H@rimau Malaya mengharungi tiga aksi penting Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menen tang Emiriah Arab Bersatu (UAE), Vietnam dan Thailand tahun ini.
“Fokus saya ketika ini adalah kepada pasukan H@rimau Malaya kerana untuk tahun ini ada tiga perlaw@nan penting yang perlu dihadapi. FAM pun sudah ada jelaskan perkara ini, jadi tugas saya sudah tentu untuk memastikan kemaraan pasukan negara dalam pusingan kelayakan.
“Lagipun, skuad B-23 tiada kejohanan yang besar perlu diharungi tahun ini, jadi saya hanya turuti sahaja apa yang dimahukan FAM,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Skuad B-22 tidak akan mengharungi sebarang kejohanan antarabangsa tahun ini apabila gagal beraksi pada Kejuaraan B-23 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 Januari ini selepas terk@ndas di pusingan kelayakan, Mac lalu.
Sebelum ini, Setiausaha Agung Persatuan B0la Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam tidak menolak kemungkinan melantik Cheng Hoe sebagai jurulatih B-23 negara menggantikan Datuk Ong Kim Swee yang tidak disambung kontrak baru-baru ini.
Namun, Stuart menegaskan bahawa FAM tidak mahu mengambil keputusan terburv-bvru memandangkan Cheng Hoe mempunyai tugas besar bersama skuad kebangsaan bagi mengharungi tiga perlawanan penting Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 sehingga Jun ini.
Cadangan melantik Cheng Hoe bagaimanapun menimbulkan kebimbangan kemungkinan pengendali itu akan terbeban dan tidak akan dapat menumpukan tugas kepada skuad Harim@u Malaya.
Sementara itu, ketika ditanya sama ada beliau akan bersetuju sekiranya dilantik sebagai pengendali B-23, bekas pengendali Kedah berkenaan bagaimanapun enggan mengulas lanjut.