Satu Sinar Baharu Buat Kedah

Kedah layak untuk beraksi dalam kejohanan kedua berprestij bolasepak Asia iaitu Piala AFC 2021, jika Liga Malaysia dibatalkan musim ini.

Ini berdasarkan perancangan MFL yang memberikan slot AFC Champions League kepada juara Liga Super 2019 dan dua slot Piala AFC kepada naib juara Liga Super 2019 dan juara Piala FA 2019.

Ini sekaligus melayakkan Kedah untuk beraksi dalam Piala AFC musim depan selaku juara Piala FA 2019, diiringi oleh Pahang yang menduduki tempat kedua Liga Super musim lepas.

Ia satu sinar baharu buat Kedah, selepas dilanda kontroversi akibat gagal menyelesaikan tunggakan gaji pemain dalam tempoh yang ditetapkan, sehingga pengurusan dikritik hebat oleh pelbagai pihak, malah peminat mereka sendiri.

Kedah berbelanja besar musim ini, dengan membawa masuk lapan pemain untuk skuad utama, antaranya Kpah Sherman, Kipre Tchetche, Hadin Azman, Irfan Zakaria dan Amin Nazari.

🆙 JADUAL CIMB LIGA SUPER MALAYSIA 2020>>Pusingan Pertama<<

Posted by FA Kedah on Saturday, 4 January 2020

Namun, Kedah memulakan saingan dengan agak buruk apabila hanya meraih kemenangan pertama pada perlawanan keempat liga ke atas Selangor, selepas tewas kepada JDT, Terengganu dan seri menentang UiTM FC.

sumber: football

Hasrat pasukan Utara Malaysia itu untuk beraksi di peringkat kumpulan AFC Champions League juga tidak menjadi kenyataan apabila tewas 4-1 kepada FC Seoul dalam perlawanan kelayakan.