Sarawak bergabung dengan Selangor ?

Sarawak akan kekal bersaing di Liga Premier musim depan, tetapi dengan menggunakan nama baru Sarawak United setelah Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) sah mengambil alih Selangor United yang bernaung di bawah Persatuan Bolasepak Melayu Selangor (PBMS).

Foxsports Malaysia pada beberapa hari lalu mend3dahkan perkara tersebut dan Presiden FAS, Datuk Posa Majais mengesahkannya, dengan menganggap ini sebagai satu langkah penjenamaan semula.

“Kita tidak boleh mengulas apa-apa secara lebih terperinci buat masa ini, tunggu pengumuman yang kita akan buat bersama-sama badan penganjur (Malaysian Football League) pada minggu hadapan,” kata Posa Majais.

Ditanya sama ada penggabungan bersejarah dalam Liga Malaysia di mana pasukan dari dua negeri berbeza ini adalah langkah terd3sak Sarawak untuk terus kekal bermain di Liga Premier, Posa seolah mengiakannya.

“Saya pikul tanggungjawab demi maru@h negeri, dan kerana itu t!ndakan drast!k ini diambil Apa yang boleh saya tegaskan, pengamb!lalihan Selangor United ini bukan main l@nggar jer, semuanya dibuat secara sah mengikut saluran dan peraturan. Pasukan itu akan menjadi milik FAS, bukan pasukan peribadi saya,” kata Posa Majais dipetik dari Suara Sarawak.

Sebagai rekod, Sarawak ters!ngkir ke Liga Premier setelah menduduki tangga tercorot Liga Premier 2019 dan mereka juga g@gal memanfaatkan talian hayat kedua apabila tunduk kepada Kuching FA dalam aksi play-off.

Sementara itu, Posa Majais berkata sasaran ditetapkan bagi saingan musim baru adalah layak ke Liga Super 2021 dan percaya sasaran itu dapat dipenuhi.

“Kita akan bentuk sebuah pasukan mantap, justeru berharap dana kerajaan negeri dapat disalur pada awal musim, dalam masa sama berharap pihak-pihak lain turut tampil membantu terutama dalam aspek kewangan,” katanya.