Sambut Baik Keputusan Luqman

KUALA LUMPUR: Kehadiran peny3rang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin sudah pasti ditagih skuad Bawah 19 tahun negara (B-19) yang bakal mengharungi Kejuaraan B-19 Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2020 di Uzbekistan, Oktober ini.

Justeru, pengurus pasukan B-19 kebangsaan, Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar tampak berbesar hati sekiranya pemain muda itu mahu terus kekal di sini, sekalipun dikaitkan dengan perpindahan ke luar negara.

Saya mengikuti rapat perkembangan Luqman Hakim kerana dia tonggak kekuatan skuad B-19 Malaysia dan saya menyambut baik hasrat dia untuk kekal di sini sehingga habis kejohanan AFC B-19.

“Saya menyambut baik jika itu adalah keputusan daripada Luqman sendiri,” katanya ketika ditemui pada majlis santai bersama media di sini, hari ini.

Ketika ini, teka teki menyelubungi masa depan Luqman sama ada dia mahu terus kekal di sini bersama Selangor 2 ataupun berhijrah ke luar negara selepas beberapa kelab Eropah berminat dengan khidmatnya.

Kamarul berkata, kehadiran Luqman sudah pasti dapat membantu skuad B-19 memberikan cab@ran pada saingan itu khususnya dalam misi membVru slot ke Piala Dunia Bawah 20 tahun (B-20) di Indonesia, tahun depan.

“Seperti kita maklum pasukan bola sepak adalah permainan berpasukan. Tetapi dengan nama yang Luqman ada dan prestasinya pada dua kejohanan B-19 sebelum ini, dia adalah tonggak keku@tan skuad B-19,” katanya.

Sebagai rekod, Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama Qatar, Tajikistan dan Yaman.