Sambar Penyer@ng Harimau Malaya

Striker Harimau Malaya, Darren Lok sah menjadi ‘keluarga’ Terengganu FC (TFC) bagi mengharungi kancah Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Bekas pemain Johor Darul Ta’ zim II (JDT II), itu menandatangani kontrak  setahun sekali gus menjadi pemain baharu kelapan bersama skuad yang terkenal dengan julukan Peteh Terengganu Peteh itu.

Sebelum ini, pemain berdarah campuran Malaysia-England itu dilaporkan cuba dipancing beberapa pasukan dalam saingan Liga M selepas dilepaskan bekas majikannya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) hari ini, pemain yang memulakan kariernya bersama kelab liga bawahan di England, Eastbourne Borough itu bersetuju menyarung jersi skuad TFC musim ini.

Pemain berketinggian 1.74 meter itu juga berjaya menambat hati barisan kejurulatihan skuad itu yang diketuai Nafuzi Zain biarpun baharu sekali bersama pasukan ketika menentang pasukan Liga M3, KT Rovers Ahad lalu.

“TFC hari ini menandatangani kontrak pemain baharu iaitu Darren Lok untuk bersama pasukan TFC musim ini.

“Darren yang pernah mewakili kelab Eastbourne Borough di England sebelum menyertai JDT II pada 2016, JDT 2017-2018 dan kembali semula ke JDT II pada 2019 membuat keputusan menyertai TFC bagi mengharungi Liga M 2020.

“Darren juga pernah mewakili pasukan kebangsaan dalam saingan Piala AFF Suzuki 2016 dan kali terakhir membuat penampilan bersama skuad Malaysia pada 2018.

“Pemain itu hadir selaku pemain tempatan bermain di posisi peny3rang menandatangani kontrak selama setahun bagi musim Liga M 2020,” demikian menurut kenyataan itu.