Sah Tun M letak Jawatan

PEJABAT Perdana Menteri mengesahkan Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia hari ini.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, surat berkenaan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada 1 tengah hari tadi.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan, kecoh apabila Dr Mahathir dikatakan akan meletakkan jawatannya.

Portal Malaysian Insight melaporkan Dr Mahathir sudah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di- Pertuan Agong.

Kenyataan Akhbar : Peletakan Jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia

Posted by Dr. Mahathir bin Mohamad on Sunday, February 23, 2020

sumber: HM

Difahamkan perkembangan terbaharu itu ada kaitan pensejajaran semula kuasa kepada pakatan baharu.