Sah Ikat Bekas Peny3rang Dari Perancis

Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) sebentar tadi mengesahkan telah mengikat peny3rang import baharu dari Perancis.

Pemain berusia 30 tahun, Guy Gnabouyou adalah produk bola sepak Marseille dan turut pernah beraksi bersama kelab Ligue 1 itu sekitar tahun 2007 sehingga 2010.

Namun selepas itu, Gnabouyou beraksi bersama beberapa kelab lain di Perancis dan Eropah.

Kelan lain yang disertai oleh beliau ialah Petrolul Ploiesti di Romania.

Turut pernah mendapat panggilan bersama skuad Bawah-21 Perancis pada 2009, Gnabouyou turut pernah beraksi di Liga Inggeris bersama Torquay United pada 2017.

Kuala Lumpur sebelum ini turut menandatangani seorang pemain import dari Kyrgyzstan, Azamat Baimatov di posisi pertahanan.

Daripada senarai pemain import pada musim lalu pula, hanya Paulo Josue telah dikekalkan, dan dilantik selaku kapten pasukan untuk menharungi saingan Liga Malaysia pada musim ini.

Manakala antara pemain tempatan yang menyertai Kuala Lumpur pada musim akan datang ialah seperti Akram Mahinan (PKNS FC) dan Shukor Adan (Melaka United).

Skuad warga kota itu juga bakal dibimbing oleh jurulatih berpengalaman, Nidzam Adhza Yusof untuk musim baru yang bakal tiba.

Selain daripada Gnabouyou, Kuala Lumpur dijangka akan meneruskan misi mencari pemain import yang bersesuaian untuk memperkuatkan pasukan sebelum sepak mula Liga Premier 2020.