Sah Dan Rasmi

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 diantara Emiriah Arab Bersatu (UAE) men3ntang Malaysia akan berlangsung pada 8 Oktober 2020 di Stadium Al Maktoum, Dubai.

Perlawanan itu sepatutnya berlangsung pada bulan Mac lalu namun ia terpaksa ditangguhkan susulan penularan w@bak pandemik COV!D-19. Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) turut memberi lampu hijau untuk meneruskan baki perlawanan pada bulan Oktober dan November setelah mengambil kira pandangan daripada wakil pasukan.

Berdasarkan jadual FIFA, pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022 dijangka akan berlangsung pada bulan Mac 2021.

Namun, AFC akan terus memantau situasi semasa untuk memastikan tiada sekatan perjalanan dan akan memberitahu semua pihak sekiranya ada keperluan mengubah semula jadual perlawanan kerana peningkatan kes w@bak pand3mik.

Setelah mengharungi 5 perlawanan, Malaysia kini berada di kedudukan kedua dengan 9 mata dan masih berpeluang untuk mendapatkan tiket automatik ke Piala Asia 2023 serta pusingan ketiga kelayakan Piala Dunai 2022.

UAE pula berada di kedudukan keempat dengan 6 mata dan berpeluang merampas slot ke Piala Asia 2023 jika mereka bangkit mencatat kemenangan dalam baki 4 perlawanan yang akan datang.

Namun, persiapan mereka tidak berjalan begitu lancar apabila Persatuan Bola Sepak Emiriah Arab Bersatu (UAE FA) pada bulan April lalu telah memecat Ketua jurulatih, Ivan Jovanovic walaupun baru dilantik pada bulan disember 2019.

Beberapa nama besar kini dikaitkan sebagai pengganti Jovanovic iaitu bekas ketua jurulatih skuad bawah 21 Sepanyol, Luis de la Fuente serta bekas ketua jurulatih Arab Saudi, Juan Antonio Pizzi. Mereka dijangka buat penampilan pertama dalam perlawanan men3ntang Malaysia.