Sah Dan Rasmi

KUALA LUMPUR: Pen3rang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin akhirnya akan menandatangani kontrak secara rasmi bersama KV Kortrijk, esok.

Majlis menandatangani kontrak akan diadakan di ibu negara dan akan turut disertai pemilik kelab Belgium itu, Tan Sri Vincent Tan.

Akan diadakan majlis menandatangani kontrak antara peny3rang bawah 19 (B-19) tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin dan kelab bola sepak Belgium, KV Kortrijk untuk memulakan karier profesionalnya di Eropah.

“Pemilik KV Kortrijk, Tan Sri Vincent Tan akan hadir dan duta besar Belgium, Pascal Gregoire sebagai tetamu kehormat,” kata satu jemputan yang dihantar kepada media, hari ini.

Pada September lalu, Luqman yang juga pemain dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD) meng!kat kontrak lima tahun bersama kelab Liga Divisyen Satu Belgium itu.

Bagaimanapun, kontrak itu dilaporkan hanya termeterai selepas Luqman berusia 18 tahun