Safiq Dan Piya Turut Tersenarai

KUALA LUMPUR: Pemain berpengalaman, Razman Roslan menganggap Damion Stewart sebagai gandingan terbaik sejak dia mula beraksi dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) pada 2005.

Razman yang pernah bergandingan bersama Stewart dari musim 2013 hingga 2015 di Pahang, mengakui pertah@nan dari Jamaica itu adalah pemain yang ada nalvri semula jadi selaku bek tengah selain bijak menggunakan kekuatan fizik@l yang dimiliki.

Ketika Damion mula datang dulu, jujur saya tidak nampak dia seorang pemain bola sepak seperti kebiasaan kerana melihatkan fizik@lnya, dia nampak begitu ker@s.

“Namun, apabila dia turun bermain, barulah saya nampak keunikan dimiliki Damion kerana dia bukan jenis pemain yang terlalu banyak menggunakan tenaga sebaliknya tahu masa sesuai mer@mpas atau menghalang bola di kaki l@wan.

“Dia sangat membantu kami terutama di bahagian pertahanan ketika di Pahang hingga banyak kejuaraan berjaya kami raih terutama Piala Malaysia pada 2013 dan 2014 selain Piala FA pada 2014,” katanya.

Damion menjadi salah seorang pemain pilihan Best XI Razman dalam formasi 3-5-2 yang turut menampilkan Khairul Anuar Baharom dan Shukor Adan di bahagian pertah@nan serta Farizal Marlias di posisi penjaga gol.

Selain itu, Razman memilih Safiq Rahim, Azammuddin Akil, Amri Yahyah, Badhri Radzi dan Gopi Rizqi di bahagian tengah sementara jentera ser@ngan dikemudi Dickson Nwakaeme dan Bambang Pamungkas.

Selain itu, Razman turut menganggap Safiq sebagai pemain tengah terbaik dimiliki pernah muncul dalam saingan Liga M.

Safiq, Amri dan Badhri berada pada satu baris sama kerana mereka adalah antara pemain tengah terbaik pada zaman kemuncak prestasi masing-masing.

“Semua orang tahu kualiti dimiliki Safiq terutama dalam melakukan hantaran dan tekniknya bersama bola cukup baik malah sentiasa beri mas@lah besar kepada law@n,” katanya.