‘Saya Sedia Dipanggil’

KUALA LUMPUR: Bekas peny3rang prolifik kebangsaan dan pemenang kasut emas Piala AFF 2010, Mohd Safee Sali sesekali tidak pernah padam keinginannya untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaya.

Peny3rang pasukan PJ City FC itu menafikan beliau kini berada di penghujung kariernya dan menegaskan beliau sedia dipanggil semula untuk membantu menguatkan jentera ser@ngan pasukan negara yang kini dalam misi untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

“Saya pernah cakap mengenai perkara ini dan ia masih sama. Keinginan itu masih ada kerana saya masih lagi bermain dan saya masih aktif dalam karier. Saya juga tidak pernah menyatakan untuk memadam hasrat daripada bermain untuk skuad kebangsaan.

“Selagi saya bermain, selagi saya masih boleh menyumbangkan sesuatu dalam permainan bola sepak untuk negara, saya sedia untuk dipanggil jika diberi peluang,” katanya.

Penampilan terakhir Mohd Safee bersama skuad kebangsaan adalah ketika Malaysia mencatat keputusan seri 0-0 berdepan Filipina dalam aksi persahabatan pada Mac 2017.

Mohd Safee yang pernah beraksi bersama beberapa kelab antaranya Selangor, Petita Jaya FC (Indonesia), Johor Darul Ta’zim (JDT) dan PKNS FC telah mencetak 23 gol sepanjang 79 penampilannya bersama skuad kebangsaan.

Dengan pengalaman luas dimiliki, beliau optimis mampu menyumbang sesuatu terutama di posisi peny3rang utama skuad kebangsaan..

“Sumbangan itu mungkin dari segi pengalaman saya dan dari segi permainan di posisi yang saya bermain (peny3rang utama). Saya tengok sepertinya ada kekosongan (dalam skuad kebangsaan), jadi kenapa tidak,” tambah beliau.

Sementara itu, beliau berkata tahap kecergasannya berada di tahap yang baik meskipun aksi Liga Malaysia (Liga-M) 2020 ditangguhkan sehingga September depan.

“Saya cuba untuk kekalkan tahap kecergasan sebelum latihan sebenar bermula nanti dan sebagai pemain kami memang ikut program latihan disediakan jurulatih. Tetapi sentuhan bola di rumput padang memang saya sebagai pemain sangat rindukan sekarang,” katanya. – BERNAMA