Safee Sali Akhirnya

Beberapa hari lalu, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah memilih 5 gol akr0batik terbaik (aksi sep@kan gvnting) yang pernah disaksikan dalam pertandingan AFC Cup musim lepas.

Bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Safee Sali turut tersenarai antara 5 pemain yang melakukan gol tersebut pada tahun 2015. Ketika ini, JDT merupakan pasukan pertama dari Malaysia dan Asia Tenggara yang menjuarai AFC Cup.

4 pemain yang lain yang turut tersenarai ialah Omar Al Soma (Qadsia SC), Abdulatif Salkeni (Al Jaish), Nguyen Van Quyet (Hanoi FC) dan Khairul Amri (Tampines Rovers).

Para peminat bola sepak di Asia diberi pilihan sehingga pukul 4 petang hari ini untuk mengundi jaringan terbaik di antara 5 pemain tersebut.

Bagaimanapun, keputusan undian memihak kepada Nguyen Van Quyet dengan undian sebanyak 51% mengatasi penc@bar terdekat, Safee Sali (46%) sekaligus dinobatkan sebagai jaringan akrobatik terbaik AFC Cup.

Semalam Safee sempat mendahului Van Quyet dengan kelebihan undian sebanyak 2% namun telah dipintas di saat akhir hasil sokongan daripada penyokong Vietnam.

Sebelum ini, Safawi Rasid pernah dicalonkan untuk gol terbaik AFC Champions League.