Terima Kasih Kepada Semua Rakyat Malaysia

Apabila gol yang dijaringkan ketika JDT menentang Shandon Luneng dinobatkan sebagai Gol Terbaik AFC Sepanjang Dekad, Safawi Rasid tampil memberikan reaksi di luar jangkaan.

Pemain berusia 22 tahun itu menganggap bukan mudah untuk mendapat pengiktirafan sedemikian dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang mengundi gol yang dijaringkannya.

“Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang membantu kemenangan saya,” katanya kepada Utusan.

“Ini merupakan hadiah untuk peminat di Johor dan Malaysia.

“Saya bukan seorang pemain yang bagus lagi, cuma saya sentiasa terus melangkah dan bekerja keras kerana ini merupakan punca rezeki saya.”

Mungkin disebabkan sikap Safawi yang merendah diri meskipun sudah mendapat pelbagai pengiktirafan membuatkan dirinya menjadi seorang pemain bolasepak yang bagus dan patut dicontohi oleh pemain-pemain muda.

Safawi juga bersikap profesional dan prestasinya dengan JDT menunjukkan beliau fokus dan tidak terganggu dengan perpindahannya ke Portimonense.

“Saya belum fokus lagi kerana tumpuan untuk kejuaraan JDT yang ke-7 dalam Liga Super.

“Kalau ada makluman daripada pihak pengurusan saya akan kongsikan perkembangannya.

“Kalau ada rezeki, main di Johor okay, di mana-mana pun okay.”