Safawi Rasid ‘Okay’

Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia (Liga M) 2019, Safawi Rasid menyatakan yang beliau tidak kisah siapa gandingannya di jentera sebelah kanan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk saingan musim depan, sama ada S. Kunanlan ataupun Matt Davies.

JDT sudah beberapa musim cuba untuk memberikan pilihan ke bahagian pertahanan kanan sebagai pelan penggantian S. Kunanlan yang semakin di makan usia.

Terbaru adalah Azrif Nasrulhaq yang dilihat tetap gagal menyaingi kemampuan S. Kunanlan yang akhirnya, pemain berusia 33 tahun itu tetap menjadi pilihan utama.

Dengan keced3raan serius Azrif Nasrulhaq serta usia S. Kunanlan, akhirnya Matt Davies tiba menjelang dua minggu sebelum sepak mula Liga M musim 2020.

Bercakap kepada The Star, Safawi Rasid menjelaskan sudah biasa dengan kedua-dua pemain selepas beberapa tahun bermain bersama di JDT, mahupun skuad negara.

“Saya rasa, akan ada persaingan antara Kuna [S. Kunanlan] dan Matt [Davies]. Saya telah lama bermain bersama Kuna dan bersama Matt sejak skuad B-23,” jelasnya.

“Bagi saya, saya tidak kisah bermain dengan siapa kerana akhirnya sasaran kita adalah untuk memberikan yang terbaik untuk pasukan,” tambahnya sambil berkata yang persediaan JDT untuk musim 2020 di Dubai sangat membantu pasukan.

“Persediaan untuk musim ini sangat baik, terutamanya aksi di Dubai. Pengalaman di sana akan membantu kita dalam aksi Piala Sumbangsih. Kami mahu kekalkan kejuaraan yang dimenangi pada musim lalu,” tekad Safawi Rasid.

Dalam aksi di Dubai, JDT menang tiga perlawanan dan tewas dalam dua perlawanan dengan salah satu kemenangan adalah ke atas skuad kebangsaan Turkmenistan.

sumber: semuanyabola

Berusia 22 tahun, Safawi Rasid adalah aset bola sepak negara dengan memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga M untuk dua tahun berturut-turut.

Ia dilihat mampu mengulangi pencapaian Norshahrul Idlan Talaha yang memenangi anugerah yang sama tiga musim berturut-turut bermula pada musim 2010.

Pada musim lalu, Safawi Rasid yang bermain di posisi sayap meny3rang kanan telah mel3dak 20 gol dalam 34 perlawanan yang dilaluinya bersama JDT.