Safawi Rasid Mahu Keputusan Positif

Pemain sayap Johor Darul Taโ€™zim, Safawi Rasid berhasrat untuk meraih keputusan positif apabila berkunjung ke Stadium Misaki Park bagi menghadapi Vissel Kobe pada perlawanan pembukaan kumpulan G saingan AFC Champions League 2020.

Menurut Safawi, penyertaan kali kedua dalam saingan tertinggi peringkat kelab di rantau Asia itu nyata mendorong beliau dan rakan-rakan sepasukan untuk mencipta sesuatu dalam saingan edisi kali ini.

"This is our second year playing in the ACL" – ๐Ÿ—ฃ Safawi Rasid ๐Ÿ”ด๐Ÿ”ต

"This is our second year playing in the ACL" – ๐Ÿ—ฃ Safawi Rasid ๐Ÿ”ด๐Ÿ”ตCheck out the interview with Safawi Rasid ahead of the first ACL match against Vissel Kobe ๐Ÿ‘Š๐Ÿป#JDT #LuaskankuasamuJohor

Posted by JOHOR Southern Tigers on Saturday, 8 February 2020

Dalam saingan AFC Champions League musim lalu, Johor Darul Taโ€™zim menamatkan saingan di peringkat kumpulan dimana mereka hanya mencatat satu kemenangan, satu seri serta empat kekalahan.

Namun, Safawi menampilkan aksi cemerlang dimana beliau turut menjaringkan gol yang kemudiannya dicalonkan bagi anugerah gol terbaik ACL 2019.

Selain diundi bersama Vissel Kobe, JDT turut diundi bersama Suwong Samsung Bluewings (K-League) serta Guangzhou Evegrande (CSL).