Safawi Rasid Bakal Sertai Kelab Liga Primeira Portugal?

Peny3rang skuad kebangsaan, Safawi Rasid dilaporkan bakal berhijrah ke eropah menyertai kelab liga divisyen utama Portugal iaitu Portimonense S.C. menurut laporan daripada portal bola sepak negara itu, Ojogo.

Kelab kendalian Paulo Sergio itu dikatakan telah bersetuju dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menandatangani safawi dengan beberapa klausa yang ditetapkan namun tidak mendedahkan jumlah yuran perpindahan tersebut.

Portimonense S.C juga telah lama mengikuti perkembangan Safawi selama 6 bulan dan mereka menganggap pemain yang berusia 25 tahun itu merupakan antara pemain muda yang paling berbakat di Asia.

Prestasi cemerlang Safawi ketika dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 juga turut menarik minat mereka untuk menandatangani pemain tersebut.

Selain itu, laporan berita dari Portugal itu turut menyebut Portimonense telah mencapat persetujuan semalam hasil perbincangan daripada wakil kelab, Theodoro Fonseca dengan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ).

Malah, pengurus pasukan, Paulo Sergio juga kini sedang mencari seorang lagi pemain sayap untuk beraksi pada musim baharu sekaligus menguatkan lagi khabar angin mengenai perpindahan Safawi ke Liga Primeira.

sumber: vocketfc

Setakat artikel ini ditulis, belum ada kenyataan rasmi daripada kedua-dua kelab itu dan jika perpindahan ini menjadi kenyataan, ia merupakan berita yang cukup mengembirakan bagi peminat bola sepak tempatan.