Safawi Memang Layak

TIGA elemen penting iaitu kemampuan melepasi satu lawan satu, bijak melakukan larian dan hantaran ‘curving’ serta memiliki r3mbatan kaki kiri yang padu, adalah antara kelebihan yang dimiliki Safawi Rasid.

Malah, kepakarannya dalam memanfaatkan situasi bola m@ti di luar kotak penalti ditambah nilai pasarannya yang melonjak hingga 300,000 euro (RM1.5 juta) yang dikeluarkan oleh laman web terkenal www.transfermarkt.co.uk baru-baru ini meletakkan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dikelas tersendiri.

Lantas, tidak hairanlah mengapa pemain utama skuad Harimau Malaya itu disenaraikan antara pemain ‘future wonderkid’ bersama bintang muda lain dari seluruh dunia ketika ini.

Ejen berpengalaman, Effendi Jagan Abdullah menjelaskan, Safawi sememangnya antara pemain tempatan yang menjadi buru@n beberapa kelab luar negara yang tertarik dengan aksinya.

Effendi yang juga Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd berkata, aksi konsisten Safawi dengan JDT dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) serta beberapa jaringan menakjubkan bersama skuad negara membuatkan dirinya diperhatikan oleh peminat diseluruh dunia.

“Dia seorang pemain yang bagus dan mempunyai disiplin tinggi serta langsung tidak ada kontroversi.

“Malah, saya pun pernah dihubungi kelab-kelab dari Jepun yang bertanya tentang Safawi selepas mereka terpikat dengan gaya permainan dia.

“Dia memang layak untuk berada dalam senarai pemain muda terbaik dunia kerana kebolehannya mengatasi lawan, sepakan kaki kiri yang baik serta dia suka lakukan ‘curving’ yang jarang dibuat oleh pemain lain.

“Saya yakin dia akan terus bersinar bersama JDT ketika ini dan tak mustahil dia akan lebih menyerlah dalam ACL musim ini,” katanya.

Kelmarin, sebuah laman sosial bola sepak antarabangsa iaitu Striker mengiktiraf kemampuan pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu apabila tersenarai antara pemain ‘future wonderkid’ bersama dengan bintang muda lain dari seluruh dunia.

Malah, penyokong bola sepak negara harus berbangga apabila pemain JDT itu disenaraikan bersama peny3rang Perancis Kylian Mbappe, pemain Barcelona Frenkie De jong, pertahanan Liverpool Alexander Arnold dan tonggak tengah Chelsea Christian Pulisic.

Selain itu, pemain Indonesia yg berkelana di bumi Poland, Egy Maulana Vikri turut tersenarai di dalam carta terbabit berdasarkan prestasi semasa.