Ronaldo, Messi akhirnya bersatu

Cristiano Ronaldo sekali lagi mend0minasi Serie A ketika bersama Juventus, tetapi Liga Juara-Juara (UCL) merupakan trofi yang paling dihajati pasukan Itali itu selepas mereka terkand@s dalam pusingan 16 kepada Lyon, minggu lalu.

Kekec3waannya itu terbukti sambil menuntut rakan sepasukannya agar bangkit musim depan.

Harga paling mahal atas keg@galan itu terbukti apabila jaguh Itali berkenaan memecat Maurizio Sarri dan melantik Andrea Pirlo, tetapi tindakan lebih menggemp@rkan mungkin melibatkan masa depan Ronaldo.

Laporan di Perancis mengaitkan bintang Portugis itu dengan Paris Saint-Germain (PSG).

Namun, wartawan Sepanyol, Guillem Balague, mendedahkan ejen Ronaldo, iaitu Jorge Mendes telah diarahkan untuk mencari kelab baru buat pemain itu dan Barcelona antara pasukan yang dikaitkan.

Khabar angin ke kelab Catalunya itu mula menjadi buah mulVt atas kebarangkalian untuk melihat Ronaldo bergandingan bersama Lionel Messi buat pertama kalinya dalam karier mereka.

“Punca Cristiano Ronaldo dikaitkan dengan PSG tidak begitu besar berbanding PSG memikirkan untuk mendapatkannya, ini kerana Jorge Mendes telah diberi arahan untuk mencari pasukan untuk Ronaldo,” kata Balague kepada BBC Radio 5 Live.

Kami telah menghidu perkara ini sejak enam bulan lalu, dia sempat dikaitkan dengan Real Madrid.

Mereka mengatakan ia adalah mustahil, dia tidak akan kembali.

Kancah MLS juga dikaitkan kerana Juventus mahu meringankan beban membayar gajinya..

Ia begitu dr@stik. Dia telah ditawarkan ke mana-mana kelab termasuk Barcelona.

Saya tidak pasti sama ada mereka boleh menyingk!rkannya dengan mudah memandangkan dia menikmati gaji bersih yang lumayan — €23 juta (RM114j) — ketika di Real Madrid dan saya rasa tangga gajinya itu tetap sama apabila dia ke Juventus.