Roll Royce Pogba Disita

MANCHESTER: Kereta Roll Royce milik Paul Pogba dis!ta polis selepas dia dit@han kerana memandu kereta itu dengan menggunakan nombor pendaftaran Perancis.

Polis mengesan bintang Manchester United itu yang memandu Wraith Black Badge di M56 dan kemudiannya menahannya berdekatan susur keluar Lapangan Terbang Manchester.

Polis Greater Manchester mengesahkan kenderaan itu dis!ta mengikut Seksyen 165 Akta Trafik Jalan Raya.

Kereta asing yang berada di Britain melebihi enam bulan perlu berdaftar dengan Agensi Pemandu dan Pelesenan Kenderaan (DVLA) dan memakai nombor pendaftaran United Kingdom (UK).

Jika pemiliknya residen di UK, mereka perlu mendaftarkan kereta itu dalam tempoh dua minggu selepas membawanya masuk ke negara itu.

Bintang Perancis yang dijangka kembali beraksi selepas mengalami kec3draan memiliki tujuh hari untuk mendapatkan semula keretanya dan perlu membayar denda 150 pound (RM792) dan tambahan 20 pound (RM105) untuk setiap hari keretanya tidak dituntut.

Dia hanya perlu mengemukakan bukti insurans dan bukti dia pemilik kenderaan itu untuk mendapatkannya kembali di balai polis.

Sumber terdekat pemain itu berkata ‘dia hanya perlu menukar nombor pendaftaran keretanya.’

“Selepas dia berbuat demikian, polis pasti membenarkannya untuk memandu semula kereta itu,” katanya. – Agensi