‘Rezeki’ Berharga Buat Dirinya

PEMAIN pertahanan kental Kedah, Zulkhairi Zulkeply menganggap pengalaman beraksi pada playoff Liga Juara-Juara Asia (ACL) minggu lalu mampu mel0njakkan motivasi dirinya untuk memulakan cabaran Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Pemain berusia 24 tahun itu juga tidak menyangka det!k menggantikan pemain import, Renan Alves yang dilay@ngkan kad merah di Stadium Piala Dunia Seoul merupakan ‘rezeki’ berharga buat dirinya dalam menimba pengalaman di peringkat tertinggi.

“Ia satu ‘peluang’ yang hadir dan saya tidak menjangkakan penggantian berkenaan walaupun saya berada dalam keadaan bersedia untuk menggalas tugas ketika kami beraksi 10 pemain ketika itu.”

“Saya akan gunakan pengalaman berharga ini sebagai motivasi untuk saya dalam memberi aksi lebih baik pada Liga Malaysia musim ini.”

“Seperti kata jurulatih Aidil Sharin Sahak, perlawanan peringkat tinggi dianggap ‘besar’ dalam kerjaya seseorang pemain dan pastinya peluang seperti ini (peringkat Asia) tidak akan hadir untuk semua pemain.”

Bekas kapten skuad UiTM FC itu turut mengucapkan terima kasih di atas sokongan serta peng0rbanan ditunjukkan semua pihak termasuk penyokong Lang Merah yang sentiasa berdiri teguh di belakang pasukan dalam apa jua keadaan.