Rekrut Terbaharu Skuad Helang Merah

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) hari ini mengumumkan kemasukan pemain baharu di posisi peny3rang iaitu Mohd Faizat Bin Mohamad Ghazli sebelum jendela perpindahan pertama Liga Malaysia 2020 ditutup semalam.

Faizat yang akan memakai jersi bernombor 23 pernah beraksi bersama PKNS FC musim lepas, dan kehadiran beliau memberi pilihan buat Aidil Sharin Sahak dalam merencanakan jentera ser@ngan Kedah bagi musim ini.

“KFA mengucapkan selamat datang buat Mohd Faizat Bin Mohamad Ghazli, pemain terakhir didaftarkan bersama skuad hijaukuning sebelum berakhirnya jendela pendaftaran pertama semalam, 15 Mac. Faizat akan memakai jersi bernombor 23 musim ini.

“Antara pemain muda yang menjadi nadi skuad Malaysia Bawah 23 Tahun, semoga karier Faizat kembali bersinar membantu skuad hijaukuning membu ru kejayaan,” kata kenyataan itu.

Selain Faizat, Kedah juga mempunyai 3 peny3rang lain iaitu Kipre Tchetche, Kpah Sherman dan Zaquan Adha.

SELAMAT DATANG KE KEM HIJAUKUNING FAIZAT!KFA mengucapkan selamat datang buat MOHD FAIZAT BIN MOHAMAD GHAZLI, pemain…

Posted by FA Kedah on Sunday, March 15, 2020