Red Giants gemar buat gol comeback saat akhir – Nitzel

Kuala Lumpur: Pengendali skuad Selangor FC, Karsten Nitzel melihat anak buahnya gemar melakukan kebangkitan pada saat akhir sebelum menundukkan lawannya terutama pada perlawanan Liga Super membabitkan Melaka United FC dan PJ City.

Walaupun, situasi berkenaan membuatkan pengendali daripada Jerman itu cemas seketika namun berbangga barisan pemain skuad Gergasi Merah tetap tenang dan bermain mengikut rentak hingga mampu menundukkan lawan.

Katanya, barisan pemainnya juga cukup bagus terutama di bahagian jentera ser@ngan yang bijak merencanakan peluang untuk mencari gol kemenangan walaupun dalam situasi ketinggalan dan perlawanan hanya berbaki lima minit saja lagi sebelum tamat.

“Saya cukup berpuas hati dengan prestasi mereka terutama membabitkan jentera ser@ngan dan pertahanan kanan mereka tidak berputus asa melancarkan ser@ngan hingga mampu mencipta gol dalam tempoh lima minit ketika penghujung perlawanan.

“Apa yang boleh saya katakan, barisan pemain berada pada tahap yang optimum dan diharapkan dapat kekalkan momentum pada perlawanan akan datang,” katanya.

Terdahulu, penjaring terbanyak Selangor FC, Ifedayo Olusegun muncul wira apabila dua jaringannya pada penghujung aksi berjaya menewaskan Petaling Jaya City 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini, malam kelmarin.

Dua gol Ifedayo itu turut meletakkan dia kini mendahului senarai penjaring terbanyak liga dengan 11 gol setakat ini.

sumber:HM

Malah, gol itu pastinya mengecewakan PJ City yang hampir menggenggam tiga mata selepas mendahului sejak awal babak pertama, sebelum kebangkitan luar biasa dipamerkan Red Giant di hujung permainan